09 Januari 2011

SEDARKAH KITA ?

Salam 1Malaysia,

Diakhir-akhir ini, kita sedang menonton drama yang dimainkan oleh pembangkang dalam usaha untuk terus mengelirukan kan rakyat. Mereka memanipulasi apa juga keadaan semata-mata untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka amat diperlukan oleh rakyat bagi menjadikan negara tercinta ini, Malaysia, sebuah negara yang lebih demokratik, lebih terbuka, dan menjadikan rakyat negara ini lebih maju dan makmur.

Tidak kira samada ianya isu kematian seorang bekas Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, kenaikan harga barang, sebuah novel yng memaparkan realiti sejarah pembentukan negarabangsa, dan pelbagai lagi yang sentiasa di ajukan sebagai isu yang ada kepentingan kepada semua rakyat negara ini.

Persoalannya, adakan semua isu yang dimanipulasi itu benar benar menjejaskan semua rakyat negara ini?

Kalau kita lihat kepada isu yang dimanipulasi itu, tidak dinafikan ada isu, seperti kenaikan harga barang, memang memberi kesan kepada rakyat, tetapi sebagai rakyat yang berpengetahuan, kita dapat mengesan dan memahami mengapa ianya jadi begitu. Kalau kita lihat dan amati secara jujur, ianya berpunca dari hampir semua keperluan negara kita diimpot dari luar, dan sudah tentu bergantung kepada beberapa faktor yang akan mempengaruhi harga pasarannya, seperti kekurangan pengeluaran dinegara pembekal, permintaan yang bertambah secara berkala, kenaikan kos penghantaran dan sebagainya. Dan satu aspek yg tidak boleh kita singkirkan adalah sifat pengimpot dan pemborong yang mahu mengambil keuntungan yang berlebihan. Kita tidak mahu menjadikannya sebagai isu perkauman, tetapi siapakah uang menjadi pengimpot dan pemborong itu? , saya yakin kita semua tahu siapa mereka.!!!!

Sementara isu lain yang sedang dimanipulasi tidak memberi kesan lsecara langsung kepada rakyat keseluruhannya, tetapi kenapa isu-isu tersebut digembargemburkan sebagai menjejaskan rakyat keseluruhannya, ianya dilakukan semata-mata untuk mempromosi puak pembangkang ini, yang memang kita sedari hanya bijak dalam menjaja fitnah dan mimpi. Kita dapat melihat dengan jelas, walaupun mereka telah diberikan tanggungjawab mentadbir empat buah negeri, mereka telah gagal untuk mengurustadbir negeri tersebut dengan baik. Sewajarnya semua perkara yang sedang mereka jaja merata negara, perlu dilaksanakan dinegeri yang mereka tadbir dahulu, tunjukkanlah kemampuan mereka di negeri-negeri tersebut, barulah kita boleh memberikan pertimbangan serius untuk memberi mereka peluang mentadbir negara. Kalau yang mereka mampu hanya mengkucarkacirkan pentadbiran dinegeri tersebut, wajarlah kita MENGEKALKAN MEREKA SEBAGAI PEMBANGKANG TEGAR SAHAJA.

Sabda Rasullullah SAW, " Sekiranya sesuatu pekerjaan itu diber kepada yang bukan ahlinya, tunggulah saat kehancurannya"

Tidak wajar kita mengabaikan pesanan itu, semata-mata kerana kita dihidangkan dengan halwa telinga yang enak.

1 ulasan:

Mohd Hazli Mansor berkata...

Salam untuk Brader Zulkipli Sulaiman ... Tahniah diatas usaha untuk memperkayakan informasi secara maya di paparan blog...mudahan medium ini dapat digunakan sepenuhnya dalam menyampaikan mesej samaada peribadi atau berkaitan tugasan rasmi....Salam Tahniah sekali lagi.