24 Mei 2011

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN KULAI KALI KE 8 TAHUN 2011










Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kulai kali ke-8 telah berlangsung di Dewan Putra Bandar Putra Kulaijaya. Seluruh UMNO Bahagian Kulai mengucapkan Terima Kasih kepada Y.B Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi (Naib Presiden UMNO Malaysia) diatas kesudian merasmikan Mesyuarat tersebut. UMNO Bahagian Kulai juga mengucapkan kepada semua perwakilan dan sayap (Wanita, Pemuda & Puteri) yang sama-sama bekerjasama didalam melaksanakan tanggungjawab sebgai Ahli UMNO untuk menjayakan mesyuarat ini.

15 Mei 2011

PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KULAI 2011




Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kulai Tahun 2011 berjalan dengan lancar. Persidangan tersebut itu juga telah dirasmikan oleh Y.B Datuk Hj. Ahmad Bin Hj. Maslan Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

08 Mei 2011

PERSIDANGAN PERWAKILAN PUTERI UMNO BAHAGIAN KULAI 2011












8 Mei 2011 Puteri UMNO Bahagian Kulai telah melaksanakan tanggungjawab Persidangan Perwakilan Tahunan 2011 dengan jayanya. Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato' Hj. Adam Bin Abdul Hamid (Ketua UMNO Bahagian Kulai), bersama hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kulai, Naib Ketua UMNO Bahagian Kulai, Exco Puteri UMNO Malaysia Saudari Anita. Mewakili UMNO Bahagian Kulai, mengucapkan Tahniah diatas Persidangan yang berjalan dengan lancar. Teruskan perjuangan demi Bangsa, Agama Dan Negara.

02 Mei 2011

PERSIDANGAN PERWAKILAN TAHUNAN UMNO BAHAGIAN KULAI 2011

UMNO Bahagian Kulai ; Persidangan Perwakilan Tahun ini akan diadakan di Dewan Raya Putra, Bandar Putra, Kulaijaya. Insyaallah persidangan akan berjalan lancar.

03 April 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H/2011M


Sambutan Maulidur Rasul 1432H/2011M yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Kulai akan diadakan sepertimana dibawah ;

10hb April, 2011 (Ahad)
Jam 8:00 Pagi
Di Taman Damai Kulaijaya

Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir..

15 Mac 2011



Cawangan, Wanita dan Pemuda akan menjalankan Persidangan Agung Tahunan serentak...

25 Januari 2011

LAWATAN MB JOHOR DI BILIK GERAKAN CAW. LABIS KG. PAYA MERAH






Labis : 25 Jan 2011 Lawatan MB Johor di Bilik Gerakan Caw. Labis di Kg. Paya Merah bersama Pengundi. Lawatan tersebut juga dihadiri bersama UMNO Bahagian Kulai & Batu Pahat. Di samping itu Ketua Caw. & Ketua Pemuda Caw. Labis juga turut hadir.

24 Januari 2011




PRK DUN N.05 TENANG Jentera PRK UMNO Bahagian Kulai dan Sayap berkampung di Kg. Paya Merah di hari Penamaan Calon pada 22hb Januari, 2011. Setelah selesai Penamaan Calon Saya juga Ketua Bahagian serta AJK Bahagian telah membuat satu pertemuan bersama Dato Hishamudin di Dewanraya Kg. Paya Merah dimana tempat Peti Undi yang dipertanggungjawabkan kepada UMNO Bahagian Kulai & Batu Pahat. Disamping itu juga Pemuda, Wanita & Puteri turut hadir pada program tersebut.. Selamat Berjuang Semua Jentera BN....

11 Januari 2011

TERIMA KASIH

Salam 1 Malaysia, Setinggi terima kasih ingin saya ucapkan kepada semua yang telah melayari blog rasmi saya yang baru sahaja saya buka kepada semua. Amatlah diharapkan agar blog ini dapat dimanfaatkan bersama untuk kita semua.

10 Januari 2011

PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN KULAI 2010





3 Julai 2010 Persidangan UMNO Bhg. Kulai di Dewanraya Kg. Pertanian Kulaijaya telah berjalan lancar sepertimana di susun atur. Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh Y.B Datuk Shafie Apdal (Naib Presiden UMNO Malaysia). Persidangan tersebut juga telah dihadiri seramai 292 orang Perwakilan Bahagian.

UMNO Bahagian Kulai di DUN Tenang N.05





UMNO Bahagian Kulai telah sama-sama berada di DUN Tenang N.05.. Rumah UMNO di Kg. Paya Merah sebagai tempat penginapan dan gerakkan UMNO Bahagian Kulai & Bahagian Batu Pahat. Dengan ini saya menyeru semua jentera dari Bahagian Kulai khususnya, untuk sama-sama melaksanakan tanggungjawab didalam parti Barisan Nasional didalam Pilihan Raya Kecil DUN Tenang N.05. Selamat berjuang untuk sama-sama kita mengekalkan DUN Tenang milik BN. Bersatu Bersetia Berkhidmat Cogankata yang kita pegang didalam UMNO.

09 Januari 2011

SEDARKAH KITA ?

Salam 1Malaysia,

Diakhir-akhir ini, kita sedang menonton drama yang dimainkan oleh pembangkang dalam usaha untuk terus mengelirukan kan rakyat. Mereka memanipulasi apa juga keadaan semata-mata untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka amat diperlukan oleh rakyat bagi menjadikan negara tercinta ini, Malaysia, sebuah negara yang lebih demokratik, lebih terbuka, dan menjadikan rakyat negara ini lebih maju dan makmur.

Tidak kira samada ianya isu kematian seorang bekas Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, kenaikan harga barang, sebuah novel yng memaparkan realiti sejarah pembentukan negarabangsa, dan pelbagai lagi yang sentiasa di ajukan sebagai isu yang ada kepentingan kepada semua rakyat negara ini.

Persoalannya, adakan semua isu yang dimanipulasi itu benar benar menjejaskan semua rakyat negara ini?

Kalau kita lihat kepada isu yang dimanipulasi itu, tidak dinafikan ada isu, seperti kenaikan harga barang, memang memberi kesan kepada rakyat, tetapi sebagai rakyat yang berpengetahuan, kita dapat mengesan dan memahami mengapa ianya jadi begitu. Kalau kita lihat dan amati secara jujur, ianya berpunca dari hampir semua keperluan negara kita diimpot dari luar, dan sudah tentu bergantung kepada beberapa faktor yang akan mempengaruhi harga pasarannya, seperti kekurangan pengeluaran dinegara pembekal, permintaan yang bertambah secara berkala, kenaikan kos penghantaran dan sebagainya. Dan satu aspek yg tidak boleh kita singkirkan adalah sifat pengimpot dan pemborong yang mahu mengambil keuntungan yang berlebihan. Kita tidak mahu menjadikannya sebagai isu perkauman, tetapi siapakah uang menjadi pengimpot dan pemborong itu? , saya yakin kita semua tahu siapa mereka.!!!!

Sementara isu lain yang sedang dimanipulasi tidak memberi kesan lsecara langsung kepada rakyat keseluruhannya, tetapi kenapa isu-isu tersebut digembargemburkan sebagai menjejaskan rakyat keseluruhannya, ianya dilakukan semata-mata untuk mempromosi puak pembangkang ini, yang memang kita sedari hanya bijak dalam menjaja fitnah dan mimpi. Kita dapat melihat dengan jelas, walaupun mereka telah diberikan tanggungjawab mentadbir empat buah negeri, mereka telah gagal untuk mengurustadbir negeri tersebut dengan baik. Sewajarnya semua perkara yang sedang mereka jaja merata negara, perlu dilaksanakan dinegeri yang mereka tadbir dahulu, tunjukkanlah kemampuan mereka di negeri-negeri tersebut, barulah kita boleh memberikan pertimbangan serius untuk memberi mereka peluang mentadbir negara. Kalau yang mereka mampu hanya mengkucarkacirkan pentadbiran dinegeri tersebut, wajarlah kita MENGEKALKAN MEREKA SEBAGAI PEMBANGKANG TEGAR SAHAJA.

Sabda Rasullullah SAW, " Sekiranya sesuatu pekerjaan itu diber kepada yang bukan ahlinya, tunggulah saat kehancurannya"

Tidak wajar kita mengabaikan pesanan itu, semata-mata kerana kita dihidangkan dengan halwa telinga yang enak.

MPKu lantik kontraktor khas setiap empat zon


KULAIJAYA – Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) mengambil langkah proaktif melantik kontraktor khas bagi menjalankan kerja pembersihan mengikut zon dalam usaha mengurangkan masalah kebersihan sekitar daerah ini.

Yang Dipertuanya, Md Rofiki Samsudin berkata, kontraktor pembersihan berkenaan dibahagikan kepada empat zon meliputi kawasan Senai, Saleng, Kulai dan Kelapa Sawit-Bukit Batu.

“Setiap zon terdapat satu kontraktor dilantik yang akan menjalankan kerja pembersihan merangkumi 25 kawasan perumahan bagi setiap zon,” katanya.

Katanya, sebahagian daripada kontraktor pungutan sampah sedia ada menghadapi masalah dari segi logistik dan menimbulkan masalah kebersihan, sehubungan itu kontraktor khas dilantik bagi mengatasi masalah ini.

“Langkah ini diambil sebagai tindakan sokongan buat sementara waktu di kawasan yang dilaporkan, sekiranya kontraktor sedia ada menghadapi masalah menjalankan kerja pungutan sampah,” katanya.

Mohd Rofiki memberi jaminan, kontraktor khas berkenaan akan berada di lokasi yang dimaklumkan orang ramai dalam tempoh kurang dari 45 minit untuk menjalankan tugas pungutan sampah.

“Selepas aduan diterima dari orang awam, kita akan hubungi kontraktor khas berkenaan dan mereka akan segera ke lokasi yang dimaksudkan.

“Kontraktor ini juga bertugas selama 24 jam sehari mengikut aduan yang dikemukakan oleh penduduk,” katanya.

Selain itu katanya, MPKu turut menubuhkan Unit Pemantau bagi memantau kemudahan infrastruktur dan aspek kebersihan sekitar daerah ini yang bertujuan mengurangkan aduan dari orang awam.

“Unit Pemantau ini terdiri daripada 15 kakitangan kami yang akan memantau kawasan masing-masing bagi memastikan kemudahan infrastruktur sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Langkah ini membolehkan MPKu mengambil tindakan segera dan menyelesaikan masalah yang timbul sebelum penduduk setempat mengemukakan aduan kepada kami,” katanya.

Katanya, unit itu yang beroperasi beberapa minggu lalu menunjukkan keberkesanan dan beberapa masalah berkaitan kebersihan dapat ditangani sebelum penduduk setempat mengemukakan aduan.

06 Januari 2011

"JOM GUNTING RAMBUT"

Kulaijaya; 1 Jan 2011 Belia 4B Kaw. Kulai telah menganjurkan Program "JOM GUNTING RAMBUT" untuk murid-murid sekolah rendah bagi sesi persekolahan 2011.. Program tersebut telah dirasmikan oleh En. Zulkipli Bin Sulaiman (Ketua WHIP Majlis Perbandaran Kulai). Empat penggunting dikalangan belia telah dijemput bersama untuk menjayakan program tersebut. Sambutan dari Ibu Bapa begitu menggalakkan seramai 50 Murid telah menyertai program tersebut. Program tersebut akan dijadikan sebagai acara tahunan memandangkan sambutan yang menggalakkan. Tahniah Gerakan Belia 4B Kawasan Kulai...

05 Januari 2011

KONVOI BERMOTOR PEMUDA UMNO CAW. KULAI BESAR

31/12/2010 : 6.30 ptg, Pemuda Bermotor UMNO KULAI BESAR dengan keahlian pemuda bermotor seramai 53 orang telah menjayakan pogram konvoi bermotor ke Melaka dengan di rasmikan oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Kulai iaitu EN ZULKIPLI BIN SULAIMAN untuk melengkapkan pogram tahunan bagi tahun 2010 yang baru  meninggalkan kita semua.di sini, 

02 Januari 2011

SALAM 1 MALAYSIA

Blog ini baru sahaja di aktifkan.. nantikan pelbagai pengisian akan dikongsi didalam blog ini.. sekian.